Assalamualaikum.
Harini aku nak share satu resepi mudah untuk kudap-kudap atau pon mase korang tengah syok je buat hi-tea sikit dengan family tak pon ajak je adik makan depan tv sambil tengok running man pon boleh.
Kali ni resepi berasaskan ubi. Korang boleh pilih macam-macam ubi la nak buat. Selain daripada ubi kayu ataupon ubi stela terserah asal ubi je.
Biasa korang tengok popia bersira, kerepek bersira. Ni kita bagi paling kaw kaw tak yah buat leceh nak buat kerepek. Senang je .
Bahan-bahan
- Ubi atas kau la nak banyak mana. Kalau tengah lapar amik dua puloh ketol. haha.
Kuah Bersira
- Cili kering blender kalau rajin nak blend. Kalau malas amik cili boh 2 sudu untuk sukatan 2 ketul ubi. Kalau lebih banyak ubi banyak la cili boh yer ok ?,
- Gula. Dalam 5 sudu untuk sukatan 2 ketul ubi. Nak manis tambah la lagi.
Step
1. Basuh ubi pastu buang kulit dan potong memanjang ke senget sebelah ke, tak kisah ikut naluri hati kau. Kau tak yah ajet nak potong berorigami la aku tau kau jenis malas.
2. Panaskan minyak sikit je. Jimat ! pastu goreng ubi sekejap je dalam 2-3 minit, Tak yah lelama sebab nanti lembik ubi kau. Angkat buh tepi,
3. Nak buat bersira pulak. Kuali tadi tumis cili boh pastu masukkan gula . Kalau nampak berbuih tu masukkan terus ubi goreng kau tadi. Api jangan besar, kau bukan nak buat sos karamel.
Kau kacau -kacau biar melekat sira tu kat ubi. Pastu siap.
4. Letak lam pinggan, Sedap makan panas-panas.